image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Perut Lembu Air Asam


Perut lembu air asam sememangnya popular di Kelantan terutama ketika hari raya aidil adha. Rasanya yang masam, masin, pedas sangat sesuai di makan bersama nasi putih, sup daging dan daging goreng kunyit. Marvelous ! :)

perut lembu air asam, fatiha zainal, masakan kelantan
Perut lembu air asam


Bahan-bahan :-

1/2 kg perut lembu yang telah di bersihkan
4 biji limau nipis ( ambil air perahan )
4 biji bawang merah ( mayang )
2 biji tomato ( potong dadu )
10 tangkai cili padi ( potong )
Daun kesum ( potong halus )
Daun selasih (optional) ( potong halus )
Air rebusan perut lembu
1 sudu kecil garam


Cara :-

1) Rebus 1/2 kg perut lembu yang telah di bersihkan hingga empuk. Lebih kurang 2-3 jam. Perut lembu perlu di bersih sebersihnya untuk elak bau yang tidak menyenangkan.

2) Toskan perut lembu dan potong ikut saiz yang diingini. Simpan air rebusan

3) Untuk menyediakan air asam, ambil air rebusan tadi dan campurkan dengan bawang merah, tomato, cili padi, daun kesum, daun selasih, dan garam. ( Daun kesum letak banyak-banyak lagi sedap, bila makan, melekat bau wangi daun kesum kat tangan).

4) Kemudian, masukkan air perahan limau nipis dan perut lembu yang telah dihiris ke dalam air asam tadi.

Siap !

perut air asam sedap , resepi kelantan
Selamat Mencuba !


Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. hop nie ABe Nik paling Minat ....
    yum2

    ReplyDelete

  2. شركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة

    شركة المثالية للتنظيف
    شركة المثالية للتنظيف بالدمام
    شركة المثالية للتنظيف بالخبر

    ReplyDelete