Sambal Totok
![]() |
| Sambal totok siap untuk dimakan |
Bahan-bahan :-
- 1/2 biji bawang besar @ 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 30 biji cili padi
- Segenggam ikan bilis
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil gula
- 1 biji limau nipis ( ambil air perahan )
- Minyak untuk menggoreng
* Kuantiti bahan-bahan boleh diubah mengikut citarasa masing-masing
Cara :-
- Panaskan minyak
- Goreng bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, goreng ikan bilis yang telah dicuci hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi bersama garam dan gula hingga hancur dalam lesung batu. Kemudian, masukkan ikan bilis, tumbuk pecah-pecah. Jangan terlalu hancur.
- Akhir sekali, masukkan air perahan limau nipis dan gaul bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
Siap untuk dihidang bersama nasi putih !
Selamat mencuba.

