image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Johor - Pantai Pasir Lanun



Lokasi Pantai Pasir Lanun agak tersembunyi. Sebelum sampai di Pantai Pasir Lanun, korang akan jumpa Endau Beach Resort dulu di sebelah kanan dan bertentangan dengannya ialah Pantai Penyabong. Jadi, korang boleh ikut signboard ke Penyabong. Bila da jumpa Endau Beach Resort/Pantai Penyabong, korang teruskan je perjalanan sampai la jumpa signboard pantai pasir lanun. Laluan ke Pantai Pasir Lanun agak seram sikit, sebab perlu melalui hutan/dusun dalm 5-10 minit.


Pantai Penyabong di sebelah kiri






Ni lah laluan yang aku maksudkan. Untuk ke Pantai Pasir Lanun, korang perlu masuk ikut jalan kecil di sebelah kanan. Disarankan masuk dengan kenderaan sebab agak jauh untuk berjalan

Bagi aku, Pantai Pasir Lanun cantik sangat, pasirnya putih dan halus. Airnya pula sangat lah jernih. Memang best la untuk mandi. Sorry tak dek gambar. Pantai ni tak ramai orang. Time kitorang pergi, nasib baiklah ada rombongan pelajar UTM, kalau tak..memang kitorang berempat je lah kat pantai tu

Kitorang stay kat sana 1 malam. Sewa chalet kat pantai tu. Nak sewa bilik tu pn kitorang pilih yang paling dekat dengan bilik budak-budak UTM tu. Huhu takut punya pasal.

Chalet kat sana tak banyak. Ada 4 bilik je dan dorm. Dorm aku tak pasti berapa. Tempat ni sesuai untuk camping. Kat sana ada jugak kedai makan. Satu jek. Time kitorang pergi tu, kedai tu tutup..nasib baik lah kitorang ada banyak lagi lauk untuk BBQ. Cukup sampai esoknya.


Aktiviti malam hari. Buat unggun api. Dok sekeliling sambil pandang laut. Menenangkan










Bulan

Pantai Pasir Lanun di malam hari











Share this:

CONVERSATION

10 comments:

  1. terima kasih kerana sudi view my blog...:-)

    kalau tembak sunset kat pantai ni mesti cantik kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. same-same. x lei nk tembak time tu..petang hujan lebat sangat :(

      Delete
  2. boleh bagi contact no tempat ni tak?
    PM saya 018-7662868

    ReplyDelete
  3. boleh bagi contact no tempat ni tak?
    PM saya 018-7662868

    ReplyDelete
  4. Bln 12 ni sy bsama kkwan nk ksana..best x tmpat ni..

    ReplyDelete
  5. Boleh tau awak stay chalet apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, tak ingat nama, ade satu je chalet dalam tu

      Delete