image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Pernah Hantar Kereta Gi Spa tak?

Max shine , car wash , momentum of my life




Salam... hampir 2 bulan..since my last post.. agak busy sebenarnya..

OK..so...korang pernah gi anta kereta kesayangan korang g spa tak? Mungkin korang da banyak kali tapi ni first time aku g anta my dearest Rizqi ke spa.. Nak buang segala kekotoran yang ada, calar, bird drops, water mark laa..bagi kaler keluar balik, n etc... =)

Maklumla.. rumah aku tak dek covered car park..n kat open car park pulak sangat banyak pokok..Kalau da park bawah pokok tu..segala mak nenek atas pokok tu berkemugkinan besar nak mencabuli permukaan kereta kan...Ada cover canvas  kereta pun, time hujan tak boleh nak pasang, esok pagi kereta da dipenuhi dengan ranting pokok, daun-daun berguguran la...haiiihhh..memang boleh rosak cat kereta.. 


Survey punya survey, lastly aku pilih Max Shine, PJ sebagai tempat rawatan untuk kereta aku ni.
Aku rasa dah murah pakej yang ditawarkan.


a) Car Wash + Vacuum
b) Meguiar's Polishing 
c) Meguiar's Waxing

d) Meguiar's Sealant

e) Windscreen Cleaning

 f) Tyre Wax


Disebabkan aku beli kupon dari Living Social, Max Shine bagi tambah lagi servis lain dengan harga murah, So aku topup RM200 and aku dapat lagi:-

a) Claying
b) Polishing ( 1x ), total ( 2x )
c) Waxing ( 4x ), total ( 5x )

Aku rase memang da berbaloi dengan harga, kepenatan and produk yang digunakan.. sebab aku pernah basuh,polish and wax kereta aku sendiri guna tangan di bawah pokok selama 3 jam. Itu pun tak sempat nak buat satu kereta, cuma siap satu bahagian kecik kereta jek...terpaksa berhenti, hari da panas and tersangatla penat..

Hampir 6 jam aku tunggu kereta aku dimanjakan..huhuhu..Kat sana disediakan bilik menunggu, ada air cond, tv + astro n majalah..So tak dek lah bosan menunggu..


car care , car wash , car detailing , momentum of my life , claying , polishing


Hehehehe..apa jadi lepas hampir 6 jam????

car care , momentum of my life , car wash

Mirror shine kan?Hehehehe...


car care , momentum of my life , car wash

Bile aku tengok jek kereta aku lepas hampir 6 jam tu..terus aku rasa.....

momentum of my life , car wash , car care


Alaaa korang pon mesti rasa camtu gak kan lepas cuci kereta kan?







Ok.bye

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. kadang2 tu pernah jugak.
    kalo takde masa hantar je kat situ.
    ada satu masa tu baru je hntr msk spa dan bila kuar terus hujan..huhu

    ReplyDelete
  2. huhu sadis betul kete kene hujan lepas basuh

    ReplyDelete