image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Johor - Pulau Kukup



Subhanallah! Indah sungguh laut yang terbentang luas di sekeliling aku. Itulah yang terdetik di hati aku bila aku berada di atas bot semasa mengelilingi Pulau Kukup. Pulau Kukup ialah pulau hutan paya bakau dan merupakan salah satu pulau hutan paya bakau yang tidak berpenghuni terbesar dunia.

Pulau Kukup terletak di daerah Pontian, Johor. Terdapat pelbagai jenis pokok bakau dan banyak info tentang pokok bakau boleh didapati di Pulau Kukup.


pulau kukup , johor , tempat melancong
First time tau naik boat



Disebabkan aku ni first time naik boat, memang excited lah, nak-nak lagi dapat pusing Pulau Kukup dengan boat dan free. Free sebabnya aku teman K.mas survey kawasan kajian dia. Hihi. Jom layan gambar


Pokok bakau

Seluas mata memandang..yang depan tu katanya Indonesia

kampung nelayan pulau kukup
Kampung nelayan disekitar Pulau Kukup

Bila da sampai di jeti Pulau Kukup, kitorang mula meredah hutan paya bakau. Hehehe..Tak dek lah meredah sangat..dah ada laluan yang disediakan sebenarnya, just ikut je laluan tu. Peta dan signboard juga ada disediakan di Pulau Kukup, jadi tak kan sesat lah. Jom tengok apa yang ada di Pulau Kukup.

Keadaan laluan di Pulau Kukup






tunku jalil , anak sultan johor
Plot Diraja Pulau Kukup - by : Tunku Jalil . Siapa Tunku Jalil? Sila google :)

First time tengok ikan belacak. Macam muka manusia.mata, hidung, mulut...huhu


Kitorang juga sempat naik ke observation tower di Pulau Kukup. Walaupun 5 tingkat je..tapi rasa macam tinggi sangat.

Akhirnya  berjaya!

Sungai - pandangan dari observation tower

pulau kukup
Permandangan dari tingkat 5 observation tower


Kalau korang nak ke Johor, masukkan Pulau Kukup dalam list travel korang jugak yer ( kalau suka nature lah )



* Tambang kelong ke jeti Pulau Kukup : RM5 dewasa
* Ada gak aktiviti lain di Pulau Kukup seperti round island, kayak, migratory bird-watching , big mangrove experience dan harga berbeza ikut pakej.  




Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment