image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Indonesia - Bandung - Tempat Shopping


Bandung ada banyak sangat tempat untuk shopping. Dua hari pun tak cukup lagi kalau nak gi semua tempat shopping kat Bandung tu. Kitorang tak de lah pergi semua tempat shopping. Hanya sempat beberapa tempat je, antaranya Pasar Baru, Ciwalk, Factory Outlet dan Kartika Sari.


Pasar Baru Bandung

Pasar Baru memang tempat yang mesti pergi kalau da kat Bandung. Pasar ni besar dan ada banyak tingkat. Setiap tingkat dikhaskan untuk satu kategori. Kalau korang memang nak beli kain pasang, terus je ke tingkat 2, contohnya. So tak payahla nak pusing satu building kalau nak cari kain pasang jer. Ada level untuk kasut, makanan, beg dan lain-lain.


Antara design kain pasang di Pasar Baru Bandung

Sesape yang suka tawar menawar, boleh la shopping sini. Nego sampai jadi tau..hehe. Lalu je depan kedai diorang..diorang akan cakap 'blanja mbaak..harga bismillah ni'..'blanja..blanjaa..harga pecah telur' . Harga bismillah atau harga pecah telur tu kirenye harga paling murah la yang diorang bagi tu.

Ada gak yang kedai kitorang g tu cakap 'harga kangkung ni mbak' ( selepas diorang tau ktorang malaysian dan kebetulan time tu isu kangkung kat malaysia tengah hot ... -___- '  )

Hmm..bile ingatkan balik, macam-macam ragam penjual-penjual kat Pasar Baru ni. Klakar pun ade Nanti korang akan selalu didatangi oleh penjual-penjual yang jual keychain lah..beg lah..minuman lah..dan diorang jual tersangatlah mahal..Pandai-pandaila korang survey and tawar yer.

Teringat pulak aku incident ni. Bila yati tengah syok dok pilih kain ela, sambil berdiri atas kerusi, ada la penjual ni, lelaki, dok pandang si yati ni dan tetiba dia cakap 'setinggi-tinggi kakak berdiri, tinggi lagi cinta aku sama kakak'..hohoho..apelagi gelak sakan la kitorang time tu..sampai sekarang pun kalau aku teringat je, aku gelak..huhu


Factory Outlet

Antara kedai yang kitorang pergi adalah Heritage, The Secret dan beberapa kedai yang aku tak ingat nama ape da. Lokasi setiap kedai tu dekat je antara satu sama lain. Dalam range walking distance lagi la. Hari tu kitorang park kereta kat The Secret, then jalan kaki je dari satu kedai ke satu kedai.

Barangan yang dijual di Factory Outlet ni kebanyakannya shirt, dress, seluar dan sejenis dengannya. Harga memang murah.


The Secret


Heritage


Dalam perjalanan dari satu kedai ke kedai yang lain


Cihampelas Walk ( Ciwalk )

Ciwalk ialah shopping centre yang agak menarik, sebabnya, ada kedai dalam building dan ada yang open area dan jugak cantik sikit dari tempat shopping lain yang kitorang gi di Bandung ni. Barang-barang kat sini lebih kurang sama je ngan mall kat Malaysia.

Open area - Ciwalk Mall


Jalan Ajaib - Kata si Daniel


Di luar Ciwalk mall, ada banyak jugak kedai-kedai pakaian


Kartika Sari

Salah satu tempat yang mesti pergi!. Kartika sari ni famous ngan kek dia. Memang marvelous. Teringat - ringat lagi rasa kek dia.serius sedap !. Nanti last day dah kat Bandung, baru boleh beli, kalau nak bawak balik Malaysia la. Beli awal-awal, takut rosak pulak.


Kartika Sari Bandung

Kalau korang nak shopping kat Bandung, boleh la masukkan dalam list korang yer tempat-tempat shopping seperti kat atas ni. 




Ok.bye.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment