image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Makanan Halal di Ho Chi Minh City


Sebenarnya tak susah pun nak cari makanan halal di Ho Chi Minh City. Ada banyak kedai makanan halal di sana terutama di Nguyen An Ninh, berhampiran Ben Thanh Market dan juga area Masjid Jamiul Islamiyah. Kitorang hari tu sempat mencuba makanan dari Halal Amin dan Hajah Basiroh dan kedua-duanya terletak di Nguyen An Ninh. 


Halal Amin

Halal Amin

Antara menu yang dicuba :-

Nasi Ayam harga 45k-50k dong. Sorry tak ingat exactly



Nasi ayam dia guna nasi putih biasa, bukan macam nasi ayam kat Malaysia yang wangi lembut dan berlemak tu. Sambalnya pedas masam dan sambal dia bukan taste aku sebab masam sangat. Ayam crunchy! dan sup ayam dia marvelous !

chicken pho noodle , viatname food , makanan halal vietnam
Chicken Pho Noodle, harga 45k-50k. Sorry tak ingat exactly

Yang ni korang mesti cuba, aku suka sangat sup dia. Chicken Pho Noodle dimasak bersama pelbagai jenis daun herba dan lada hitam. Chicken Pho Noodle dihidangkan dengan daun pak chi dan daun kemangi. Marvelous rasa dia! dah la aku suka daun pak chi, makan ngan nasi ayam dia pun sedap.

 
Pros:-
- Makanan murah dan sedap
- Ada free wifi

Cons:-
- Menu sikit

 
Hjh Basiroh Halal Restaurant

Aku punya la cari kedai ni sebab ramai orang review kedai ni murah dan sedap. Bila tengok menu dan harga dia...murah la sangat (sinis okeyh). Aku makan kat sini sekali je sebab harga dia double dari kedai halal amin.

Paling murah harga makanan sini 70,000 dong. Maybe yang review tu semua orang-orang kaya kot, tu yang cakap murah..huhu

hajah basiroh , makanan halal vietnam
Nasi macam ni harga 70,000 dong

Pros:-
- Free wifi

Cons:-
- Mahal


Kalau korang nak tau lagi list kedai makan halal di Ho Chi Minh, boleh klik :-

Vietnam Muslim Travel
Go Halal Vietnam
Muslim Travel Vietnam
Saigon Muslim Tours



ok.bye




Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. wah siap tahu nm ingedient dalam mee pho tu.. hehe :)

    ReplyDelete