image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Tteokbokki


Kalau korang suka tengok cerita Korea atau pernah ke Korea atau suka makanan Korea, mesti korang tau apa itu Tteokbokki kan?

Bagi yang tak tahu, Tteokbokki adalah makanan tradisi Korea yang menggunakan rice cake / kuih beras. Rasanya manis manis pedas


resepi tteokbokki
Tteokbokki yang dah siap dimasak :)



Sekarang ni aku nak share resepi Tteokboki yang aku buat. Bahan-bahannya sangat simple dan boleh didapati di pasaraya tempatan

Bahan-bahan :-

- rice cake - 600gm ( untuk 4-6 orang makan )
- gochujang - 6 sudu besar ( kalau suka pedas boleh letak lebih )
- ikan bilis - 15 ekor ( boleh kurang atau lebih )
- kelp (sejenis seaweed yang tebal) - saiz dua tapak tangan ( boleh letak lebih kalau suka )
- daun bawang / leek
- pucuk perisa ikan ( optional )
- telur rebus (optional) 
- gula secukup rasa

* tak perlu letak garam sebab gochujang tu dah masin. Kuantiti barang tu korang boleh adjust ikut selera korang.

* korang boleh ganti pucuk perisa ikan dengan fish ball, sosej, ayam atau any lauk. Cuma, bagi aku pucuk perisa ikan tetap yang terbaik. Memang masuk sangat dengan gochujang. Superb!

* korang juga boleh letak sayur seperti kubis, lobak merah kalau suka

* rice cake tu korang boleh buat sendiri kalau nak. cara paling senang guna tepung pulut dan air. rasanya lebih lembut dan kenyal daripada beli rice cake yang segera.

* gochujang pun sama. Boleh buat sendiri tapi susah sikit. Guna tepung pulut, tepung soya, tepung barli, rice syrup, serbuk lada dan air. Campur semua bahan dan masak hingga pekat. Kemudian peram di bawah cahaya matahari dalam claypot selama 3 bulan. Yang ni aku tak pernah buat lagi. Boleh refer mangchi atau youtube untuk full resepi.

* nak beli gochujang tu tengok-tengok sikit ingredient sebab ada yang dicampur arak.

* aku beli semua bahan-bahan yang dari korea tu kat aeon mall atau nama lamanya jusco. kat giant pun ada gak


resepi tteokbokki , makanan korea
Antara bahan-bahan untuk masak Tteokbokki










Cara Penyediaan :

- Rebus kelp dan ikan bilis hingga menggelegak 
- Buang semua kelp dan ikan bilis. Biar tinggal air rebusan je. 
- Masukkan rice cake ke dalam air rebusan kelp dan ikan bilis. Tunggu hingga menggelegak
- Masukkan gochujang ke dalam periuk rice cake tadi. Tunggu hingga menggelegak
- Masukkan leek Kacau hingga pekat. Kepekatan ikut selera masing-masing.
- Hiaskan dan hidangkan Tteokbokki korang.

* Untuk pucuk/sosej/fish ball atau any frozen food. Aku lebih suka rebus dulu separately. Nanti Tteokbokki tu dah masak dan nak makan baru gaul frozen food dengan Tteokbokki. Sebabnya aku tak suka air yang keluar dari frozen food bila direbus tu bercampur dengan rasa Tteokbokki. Air dari frozen food tu masin sangat. Kalau guna real food macam ayam, daging, tak per lah nak campur sekali. Kalau korang tak kisah dengan rasa air dari frozen food tu, boleh terus masak bersama dengan rice cake tadi.

* Kalau korang guna rice cake yang dibuat sendiri, yang guna tepung pulut dan air tu, kuah gochujang tidak sepekat guna kuih beras segera. Jadi, korang tambahlah tepung pulut/tepung beras dalam kuah gochujang nak bagi pekat. Sukatan tepung pulut/tepung beras tu korang kena try ikut kuantiti kuah tu dan ikut tahap kepekatan yang korang nak yer. Kalau guna tepung pulut  kuah gochujang tu jadi pekat dan sticky sikit, kalau guna tepung beras, jadi pekat jek. :)


Rice cake direbus didalam air rebusan kelp dan ikan bilis











resepi makanan korea ,tteokbokki
Tteokbokki siap! Sedia di makan






Tteokbokki sedap di makan panas-panas. Kalau sejuk rice cake tu mengeras, kena panaskan balik bagi lembut.


cheese tteokbokki
Ni versi yang letak cheese. Sama je resepi cuma tabur mozzarella cheese time tteokbokki masih panas










Selamat mencuba !



Share this:

CONVERSATION

40 comments:

  1. barulah MJ tahu rupanya nama dia rice cake heheh..penah makan rice cake ni tapi tak boleh nk pikir apalah benda ni..

    ReplyDelete
  2. nak try! terus bookmark la.. nyum2.. dah lama nak try tau.... tq for the recipe.

    ReplyDelete
  3. Brpa lama tuk rebus rice cakes tu ye,?

    ReplyDelete
  4. Brpa lama tuk rebus rice cakes tu ye,?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai rice cake tu lembut, agak-agak dlm 20 minit camtu kalau guna rice cake segera.

      Delete
  5. Semua bahan2 ni ada jual kat pasaraya ke?rice cake tu ada jual jgk kn kt pasaray..cer bg idea kt pasaraya mna ada jual bahan2 ni

    ReplyDelete
  6. Bahan2 beli kt aeon mall tu bahagian mana ye?

    ReplyDelete
  7. sorry saya tak jumpa bahan bahan ni punya lah sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade kat aeon dan giant, bahagian makanan korea

      Delete
  8. Sis fatiha zainal slalu bli kat mna ? Maksid sya aeon area mna ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aeon taman universiti, taman maluri dan wangsa maju. aeon lain ade gak kot...

      Delete
  9. Salam sis..pes go chu jang tu halal ke ye..x jumpa2 lg yg halal

    ReplyDelete
  10. Salam sis..pes go chu jang tu halal ke ye..x jumpa2 lg yg halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy tengok ingredient je, ade yang campur arak dan ade yang tak campur arak

      Delete
  11. Nak buat rice cake tu guna tepung pulut ke. Dkt youtube ckp tepung beras. Mana aatu yang betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna tepung pulut baru ada rasa kenyal. kalau tepung beras tak rasa kenyal macam rice cake korea.tapi kalau tepung beras tu dibuat dari calrose rice boleh la guna, rasa kenyal gak

      Delete
  12. salam..sy nk inform yg gochujang n rice cake yg sperti dlm gmbar tu xhalal sbb ada alcohol called jujong (주정)...info from sahabat yg tinggal di korea...semoga kita semua dilindungiNYA~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ye gtau, tapi kan, boleh tau jujong dalam gochujang & rice cake brand dlm gambar tu maksudnya alkohol yang dicampur atau yang naturally terhasil dari fermentation?

      Delete
  13. salam..sy nk inform yg gochujang n rice cake yg sperti dlm gmbar tu xhalal sbb ada alcohol called jujong (주정)...info from sahabat yg tinggal di korea...semoga kita semua dilindungiNYA~ :)

    ReplyDelete
  14. Salam semua,
    Kalau teringin nak makan tteokbokki halal boleh DIY sendiri. Kami @fullstopcenter merupakan pembekal tunggal bahan-bahan halal membuat tteokbokki / korean rice cake di Malaysia. Semua bahan dan tools ada dijual termasuk Maepssalgaru,Dasima, Gochugaru, Gochujang, Bamboo Steamer dsb. Better DIY sendiri baru kena ngn taste masing2 ^_^

    Facebook : www.facebook.com/fullstopcenter
    Instagram : fullstopcenter
    Website : www.fullstopcenter.com

    Thanks for viewing.

    ReplyDelete
  15. wassalam,

    waaaa..lagi senang la nak masak makanan korea lepas ni

    ReplyDelete
  16. salam. kalau kelp tu saya guna seaweed biasa tu boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam. tak pernah try plak..mb rasenye akan light sikit la kot..kelp lg kuat rasa die & kelp lagi tebal.

      Delete
  17. Assalamualaikum...
    Saya juga pengedar bahan bahan asas korean food yg halal mcm Gochujang.. Kochukaru..sesame oil..kelp dried seaweed dll..
    boleh WA / Tele / sms 019 2274690

    ReplyDelete
  18. Hi sis,boleh tak I change cake rice to chicken?means fried chicken popcorn marinited with sos nieh?

    ReplyDelete
  19. Boleh campur ngan maggi ke kalau dah pekat cam tu??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je..letak megi sebelum kuah tu pekat atau rebus dlu megi hingga masak, toskan dan gaul je ngan tteokbokki

      Delete
  20. Kelp dan ikan bilis tu cuma untuk rebusan je ke or masuk sekali dalam hidangan?

    ReplyDelete
  21. Sorry sis, maaf ye saya nk tnya.. Gochujang tu.. halal ke ?

    ReplyDelete