Persatuan Kebajikan Projek Iqra' Semalaysia ialah satu badan NGO yang ditubuhkan untuk membantu memantapkan tahap pendidikan dan kebajikan kanak-kanak dan remaja di rumah kebajikan (anak yatim, miskin dan asnaf) serta keluarga yang kurang berkemampuan.
Pelbagai program yang telah dan sedang dijalankan oleh badan ini demi mencapai objektif penubuhan. Salah satu program yang dianjurkan oleh Projek Iqra' adalah Program Shopping Raya 2015 yang mana projek ini adalah untuk membantu membeli persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk anak
anak yatim , fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan dan
komuniti yang menyertai program-program anjuran Projek Iqra' .
Projek ini melibatkan rumah kebajikan di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu. Detail mengenai Program Shopping Raya 2015 boleh didapati di SINI.
Seramai 600 penerima manfaat untuk ditaja melalui Program Shopping Raya 2015 yang mana nilai tajaan ialah RM200 untuk 1 orang penerima manfaat. Jumlah keseluruhan nilai tajaan yang diperlukan ialah RM120,000. Alhamdulillah, setakat hari ini, 112 penerima manfaat telah ditaja.
488 penerima manfaat lagi yang masih belum ditaja yang mana nilai tajaan yang diperlukan ialah sebanyak RM97,600.
Projek Iqra menggalakan penajaan RM 200 per transaksi. Perkongsian penajaan juga dibolehkan. Contoh perkongsian penajaan adalah seperti gambar dibawah :-
Namun, pihak Projek Iqra juga menerima berapa pun jua jumlah tajaan seikhlas hati.
Atau
Akaun : Maybank
Nama Akaun: Persatuan Kebajikan Projek Iqra’ SeMalaysia
No Akaun: 5648-1050-4003
Email: info@projekiqra.com
No Tel: 019-2175597 (Bendahari – Suhaimi Abdul Manan)
Nota : Sila emailkan maklumat penaja (nama,no.telefon,alamat) beserta slip transaksi kepada info@projekiqra.com
Semoga para penaja sekalian diperluaskan dan dideraskan rezeki. Amiiiiiin
#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari
#kbbaprojekiqra
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shoppingraya2015
terima kasih kerana menghebahkan maklumat mengenai Shopping Raya 2015 :)
ReplyDeletesame-same..semoga mereka yg memerlukan dpt dibantu secukupnya :)
Delete