image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Meletop Steamboat & Grill



Hanya 5km dari UTM, betul-betul di tepi highway-skudai pontian. Korang akan nampak Meletop Steamboat di sebelah kiri. Aku setakat ni memang prefer kedai ni kalau nak makan steamboat dan grill sebabnya sedap, murah dan dekat. Seingat aku ada la dalam 4-5 kali aku makan kat Meletop Steamboat & Grill.hihi

Yang menariknya di Meletop Steamboat ni, setiap kali aku pergi, sentiasa penuh. Kalau nak walk in memang tak dapat tempat lah, memang kena book dulu.






Meletop Steamboat & Grill menawarkan lebih 100 jenis makanan dan berkonsepkan buffet. Antara makanan yang ditawarkan ialah :- 

- nasi, mee goreng
- frozen food goreng
- nasi beriani ( weekdays sahaja )
- pelbagai jenis buah
- pelbagai jenis sayur
- pelbagai jenis makanan laut
- ayam, daging lembu , daging kambing dengan pelbagai sos perapan
- pelbagai sos pencicah
- pelbagai minuman sejuk dan panas
- cendol dan abc


Antara makanan yang kitorang rembat. Ni first round.





Kuah tomyam yang super sedap



Sekarang ni, Meletop Steamboat dah buka ruang makan tingkat atas. Selesa la sikit sebab aircond, tapi penat turun naik tangga nak amik makanan. 



Pros :
- makanan sedap, banyak pilihan dan murah
- happening

Cons :
- makanan cepat habis dan lambat refill, cutlery, pinggan mangkuk pun sama
- kepah,scallop dan spesisnya berpasir


* Harga : RM19.90 dewasa
* Dibuka setiap hari : 6.00 ptg - 12 mlm
* Perlu book sebelum sampai sana.
* FB Meletop Steamboat & Grill





Share this:

CONVERSATION

3 comments: