image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Ho Chi Minh City - First Day


Pada mid November hari tu, Aku, Yati dan Kak Mas travel ke Ho Chi Minh City. Kitorang pilih Saigon sebab, pertama, ada promosi zero fare dari Air Asia dan kedua, sebab  ramai yang cakap Saigon best, pergi sekali nak pergi lagi..huhu..betulke?


Night view of Ho Chi Minh City

Kitorang tiba di Tan Son Nhat International Airport, Saigon pada waktu petang. Dari airport, korang boleh ambik taxi atau bas ke hotel korang. Rate taxi paling murah 180k Dong. Disebabkan hotel kitorang dekat dengan stesen bas dan disebabkan percutian kali ni percutian yang terlajak bajet, kitorang pilih untuk naik bas. Cuma 5000 Dong per person dan 5000 Dong per bag, bag besar je. Bas kitorang naik ialah bas no 152, di sebelah kiri pintu keluar international arrival. Lebih kurang 1 jam lebih perjalanan dengan bas, sampailah kitorang di stesen bas Ben Thanh. Dari setesen bus, 15 minit jalan kaki baru jumpa hotel kitorang. Agak penat, tapi jimat.

At first, kitorang agak terkejut dengan attitude diorang. Kitorang sampai kat stesen bas tu, memang kitorang tak tau direction nak pergi hotel. Cuma tau, yang hotel tu dekat dengan stesen bas dan ada alamat hotel. So aku tanya la orang sekeliling, sambil tunjuk alamat hotel. Orang first yang aku tanya, sangat kasar orangnya, kitorang memang tak faham sepatah haram pun dia cakap, dah la cakap macam nak marah. Kitorang just teka je la based on bahasa tubuh pak cik garang tu. Lepas tu, jalan kejap, kitorang tak tau nak tuju arah mana, aku tanya la kakak pakai mask ni kat mana Le Lai Street. Nasib baik dia pandai speaking dan dia tau lokasi jalan tu.

Kitorang ikut je direction yang kakak mask tu bagi, tapi punya la susah nak pergi Lei Lai Street dari stesen bas, sebabnya kena lintas jalan besar yang ada roundabout besar. Memang pening nak lintas jalan kat sana, dengan motor banyak, tak dek traffic light, yang ada traffic light pun bukan diorang ikut sangat. So kitorang tunggu je kat situ sampaila ade orang nak lintas, cepat-cepat kitorang ikut diorang. Serious scary nak lintas jalan kat sana. Kalau nak lintas, lintas je, nak tunggu diorang berenti memang tak lah. Time kita lintas, agak-agak diorang dah dekat ngan kita yang melintas ni, baru diorang slowkan kenderaan diorang. Kitorang 3 kali lintas jalan dan tanya direction ngan 5 orang baru jumpa hotel. Local ke tourist ke semua aku gi tanya direction, huhu, asal sampai.

Mulanya, kitorang jumpa Sen Hotel, tapi disebabkan kat resit tulis Sen Saigon Hotel, so aku rasa bukan la. Nasib la kawan-kawan aku ni tergerak hati suruh masuk tanya Sen Hotel. Sekali aku nak masuk tanya tu, aku ternampak no lot kat pintu hotel tu no 82, sama dengan dalam resit. Apasal la diorang letak nama kat booking.com lain. Menyusahkan.

First day kitorang kat Saigon, kitorang tak pergi jalan-jalan lagi. Keluar makan malam je. Esoknya baru gerak ke Ben Thanh Market. Malam tu memang aku print screen siap-siap direction ke Ben Thanh Market ..huhu..gambar market tu pun print screen sekali. Dalam next entry aku akan cerita tentang Ben Thanh Market dan attraction lain di Saigon yer.



Ok.bye.Thanks sudi baca




Share this:

CONVERSATION

2 comments: