image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Tang Yuan


Tang Yuan ialah makanan tradisi masyarakat Cina yang berasaskan tepung beras pulut dan dimakan bersama kuah. Ada pelbagai resepi Tang Yuan samaada yang manis, masin, ada inti atau tanpa inti. Tang Yuan biasanya dimakan ketika musim perayaan kaum Cina seperti Mooncake Festival dan Winter Solistice Festival. Aku pertama kali mencuba Tang Yuan ni ialah semasa Aiesec cultural exchange beberapa tahun dulu. Time tu kitorang sama-sama masak Tang Yuan versi manis tanpa inti dan kuahnya direbus dengan halia, gula dan halba. Disebabkan aku suka rasa Tang Yuan ni, aku cari resepi Tang Yuan. Thanks to Google!..Dan di sini aku nak share resepi Tang Yuan versi manis juga, tapi berintikan kacang tanah dan kacang merah. 

tang yuan
Hasilnya

tang yuan kacang tanah
inti kacang tanah

tang yuan kacang merah
inti kacang merah

tang yuan kacang merah siap masak


tang yuan kacang tanah siap masak

Resepi :
Kulit:
2 cawan tepung beras pulut
Sedikit air
Pewarna 

Inti:
# Kacang tanah:
   1 cawan kacang tanah
   2 sudu besar gula
   1 sudu besar mentega (cairkan)

# Kacang merah:
   1/2 cawan kacang merah
   2 sudu besar gula/ 1/4 cawan gula
   1 sudu besar minyak sayur

Kuah :-
Air
Gula
Daun pandan 

Cara:-
1) Sediakan inti.
    Inti kacang tanah : Kisar kacang hingga halus dan gaulkan bersama gula dan mentega. bulatkan adunan      kacang untuk dijadikan inti.saiz ikut suka.

    Inti kacang merah : Rendam kacang merah semalaman. buang air rendaman, dan rebus kacang hingga lembut, kisar kacang sehingga pekat bersama gula dan minyak. Atau, rebus kacang dan gula hingga hancur  dan kisar bersama minyak.

2) Sediakan kulit.
    Uli tepung beras pulut bersama air dan pewarna. Air tu agak-agak je. Jangan terlalu keras atau terlalu lembik. Dah siap adunan kulit tang yuan ni, bolehla masukkan inti tadi dan bulatkan. Saiz ikut suka ye, jangan besar sangat, nanti tercekik pulak makan.

3) Sediakan kuah. Didihkan air secukupnya, bersama gula dan daun pandan. Lepastu masukkan semua bebola tang yuan dan tunggu sehingga masak. Tang yuan, kalau dah masak, ia akan timbul. 

Selamat mencuba!


Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment