Youtube, Instagram telah mempengaruhi aku untuk mencuba mee segera dari Korea ni, Hot Chicken Flavor Ramen yang dikeluarkan oleh Samyang.
![]() |
Ada empat jek sebab satu aku dah makan..huhu |
Kemain lagi aku tengok diorang upload video makan ramen samyang, siap meleleh-leleh ayaq mata. Betui ka pedas sampai camtu sekali? Aku memang suka pedas, kalau betul-betul pedas ok la..Jadinya, aku gigihlah mencari ramen samyang ni dan nasib lah ada. Kat bahagian makanan korea & jepun di aeon taman universiti. Rasanya kat aeon mall lain ada gak kot. Harga ramen samyang untuk satu bungkus boleh tahan mahal jugak, RM24.90. Dalam tu ada 5 packet.
Ok. Apa rasa ramen ni ek?
Bagi aku, mee kenyal, besar dan banyak. Boleh kenyang la makan satu
packet. Sos dia, mula-mula aku koyak plastik sos, memang bau manis yang
menusuk hidung aku..Aku macam.."eh..manisnya bau".."Maybe bila dah gaul
ngan ramen dah tak manis la kot"... Dah siap gaul semua tu, aku terus
ngap ramen ni, huhu.. memang manis dow, lepas tu baru rasa pedas. Pedas
ramen ni lain sikit, pedas kat bibir lebih, kat lidah tak sangat, rasa
manis yang lebih kat lidah dan rase besar je bibir..hewhewhew.
Overall rasa ramen samyang ni kosong je, cuma pedas je la lain macam sikit. Pedas ramen ni depend la setiap orang, bagi aku ramen samyang ni manis pedas dan pedas tu sekejap je hilang, tak dek la sampai kena minum air sambil makan ramen. Dah abis makan pun, still boleh lagi relax-relax, 30 minit baru minum air...huhu (tak sampai 30 minit pun, rasa pedas tu dah hilang). Dan bagi aku, setakat ni ramen samyang hot chicken flavor yang paling pedas di antara mee segera !
Overall rasa ramen samyang ni kosong je, cuma pedas je la lain macam sikit. Pedas ramen ni depend la setiap orang, bagi aku ramen samyang ni manis pedas dan pedas tu sekejap je hilang, tak dek la sampai kena minum air sambil makan ramen. Dah abis makan pun, still boleh lagi relax-relax, 30 minit baru minum air...huhu (tak sampai 30 minit pun, rasa pedas tu dah hilang). Dan bagi aku, setakat ni ramen samyang hot chicken flavor yang paling pedas di antara mee segera !
![]() |
Ni aku try makan ngan pucuk perisa ikan, bagi balance sikit rasa manis ramen n. Pucuk tu masin |
Oh ye !
Sebelum beli tu cek dulu yer, ada logo halal ke tak. Samyang ada keluarkan dua jenis ramen perisa hot chicken. Satu yang halal dan satu lagi tidak halal. Nak tau yang halal, senang jer, ada logo halal KMF dan tulisan kebanyakan dalam bahasa inggeris terutama untuk "ingredients" semuanya ditulis dalam bahasa inggeris. Jakim sudah mengesahkan yang ramen samyang perisa hot chicken yang berlogo KMF ini halal dan KMF juga mengesahkan ramen ini halal dan ia diproses menggunakan mesin yang berlainan dari ramen samyang yang tidak halal..*phew..
Boleh refer gambar kat bawah ni :-
![]() |
sumber : facebook farah lee |
![]() | |||||||||||
sumber: facebook page "halal korea" |
![]() |
sumber : facebook page "bahagian hab halal jakim" |
Update:-
![]() |
Sumber : facebook page " halal korea " . Hati-hati yang beli online ye. Tak dek logo halal kat plastik pembungkus tu jangan beli |
P/S: Dah Jakim dan KMF cakap halal (untuk yang ada logo halal kat packaging ye), aku ngap je, bukan tugas aku untuk pertikai kerja diorang. Aku bukan pakar, jadi aku akan refer pada yang pakar. Lagipun, orang islam bukannya ada kat Malaysia je.
So, korang dah cuba? apa pendapat korang?
assalam beli d mana ya ??
ReplyDeletewassalam, beli kat aeon taman universiti
Delete