image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Kek Mentega Oreo Kukus





Kek mentega oreo ni aku buat sebabnya K.elia dan Yati nak datang kat tempat aku. Ye la kan, kalau ramai-ramai best sikit nak buat kek ke masak ke..cepat sikit abis makanan tu, tak dek la membazir.

Kek ni aku reka sendiri je, cuma untuk krim mentega kek ni aku ambik resepi kat Azie Kitchen. Korang boleh tengok la macam-macam resepi kek kat blog tu. Semuanya menarik!


Resepi 

Kek Mentega
- 1 mentega (mentega tau, bukan marjerin, ni aku guna tatura unsalted butter)
- 2 cawan tepung
- 6 biji telur ( aku guna gred c je)
- 3/4 cawan gula kastor ( depend korang, kalau nak manis, tambah la lagi gula)
- esen vanilla

Krim Mentega
- 350gm krimwell
- 150gm mentega
- 150gm sirap gula/ susu pekat manis ( aku tak letak )
- 3 sudu besar gula aising ( aku letak 1/2 cawan )
- Oreo ( hiasan dan sebagai filling )


Cara :-

Kek:
- Pukul mentega dan gula hingga kembang
- Dalam bekas lain, pukul telur dan esen vanilla hingga kembang, kemudian        masukkan ke dalam adunan mentega dan pukul hingga rata
- Masukkan tepung dan gaul sebati
- Kemudian masukkan dalam acuan.
- Siap untuk dikukus. ( nak bakar pun boleh )

Krim Mentega:
- Pukul mentega, gula dan krimwell hingga kembang dan gebu
- Siap untuk diguna ! 



Hasilnya..(sorry agak comot hiasanku..huhu )

Ada banyak sebenarnya resepi kek mentega. Ada yang tambah susu segar la, yogurt, sour cream dan macam-macam la lagi. Kek mentega yang aku wat ni, adalah yang paling simple la kiranya. Tak perlu guna banyak bahan pun dah menjadi. Paling penting untuk kek mentega ni adalah jenis mentega yang diguna tu. Ingat..jangan guna margerin. 

Selamat Mencuba !






Ok.bye.






Share this:

CONVERSATION

11 comments:

  1. perghh..sedap ni! ske sgt mkn oreo..

    ReplyDelete
  2. woww, pandainya buat kek. dah macam kek kedai pulak tengok hehe

    ReplyDelete
  3. rajinnya.. cantik kek ni.. rasanya mesti sedap :D

    jemput join bloglist november N, tamat hujung bulan october:
    http://kapas-putih.blogspot.com/2014/10/segmen-kapas-putih-november-bloglist.html

    ReplyDelete
  4. Sedapnyeeee....ok2 kena cuba ni 😁

    ReplyDelete