Restoran Sapulidi
Kitorang ke Sapulidi selepas melawat Floating Market. Kat Floating Market tu makan makanan ringan jek, ni nak makan makanan yang heavy pulak.
peace ^_^ |
Variasi menu dan harga di Sapulidi
Nama menu yang pelik dan kelakar. Paling tak tahan, tu haa, Ramuan Nenek Sihir. Takut den nak minum. |
Unik ! .. Tak perlu guna loceng, ketuk je kat patung tu kalau nak panggil pelayan |
Antara makanan yang kitorang order |
Nasi Timbal Komplit : First time aku makan. Biasa je rasa, boleh diterima. Tapi kuahnya tu agak manis dan bila campur ngan nasi putih, lagi manis dan aku tak boleh terima. Better makan tanpa kuah, cicah ngan sambal je lagi sedap.
Satay Ayam : Sedap jugak, tapi aku rasa rempah satay Malaysia lagi sedap.huhu. Tapi tak rugi la kalau nak cuba satay Indonesia sebab rasa dia tak sama dengan satay Malaysia dan sos pencicahnya juga lain.
Jus Alpukat : Sebenarnya ialah jus avokado. Sangat sedap dan mesti cuba!
Dua lagi makana tu aku tak try. Nama makanan tu pun aku tak ingat dah.Maaf.
menjamu perut |
Sekitar Sapulidi
Lepas dah kenyang, kitorang jalan-jalan di sekitar Restoran Sapulidi. Jom layan gambar.
Yang macam pondok tu ialah tempat makan. Agak santai dan selesa untuk makan. Rasa macam kat kampung. |
Ni adalah resort dan boleh bermalam disini. Sangat menarik! |
Restoran Kampung Daun
Kitorang ke Restoran Kampung Daun ni selepas selesai makan di Restoran Sapulidi. Saje je nak berjalan. View Restoran Kampung Daun macam dalam hutan sikit, ada air terjun, bertingkat-tingkat dan pondok-pondok tempat makan ada di setiap level. Tapi aku tak dek gambar, sebab time ni bateri kamera, phone kitorang da abis.huhu
Kat sini kitorang order minuman dan kek sahaja. Harga lebih kurang je dengan Sapulidi.
Antara view di Restoran Kampung Daun |
Ok.bye
Wah! Bestnya dapat melancong ke sana. Saya terliur tengok makanan je. Tetiba teringin nak makan satey. hehe.
ReplyDelete