image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Indonesia - Bandung - Restoran


Restoran Sapulidi

Kitorang ke Sapulidi selepas melawat Floating Market. Kat Floating Market tu makan makanan ringan jek, ni nak makan makanan yang heavy pulak. 


fatiha zainal, sapulidi, restoran di bandung
peace ^_^

Variasi menu dan harga di Sapulidi

Nama menu yang pelik dan kelakar. Paling tak tahan, tu haa, Ramuan Nenek Sihir. Takut den nak minum.

Unik ! .. Tak perlu guna loceng, ketuk je kat patung tu kalau nak panggil pelayan





Antara makanan yang kitorang order

Nasi Timbal Komplit : First time aku makan. Biasa je rasa, boleh diterima. Tapi kuahnya tu agak manis dan bila campur ngan nasi putih, lagi manis dan aku tak boleh terima. Better makan tanpa kuah, cicah ngan sambal je lagi sedap.

Satay Ayam : Sedap jugak, tapi aku rasa rempah satay Malaysia lagi sedap.huhu. Tapi tak rugi la kalau nak cuba satay Indonesia sebab rasa dia tak sama dengan satay Malaysia dan sos pencicahnya juga lain.

Jus Alpukat : Sebenarnya ialah jus avokado. Sangat sedap dan mesti cuba!

Dua lagi makana tu aku tak try. Nama makanan tu pun aku tak ingat dah.Maaf.


menjamu perut


Sekitar Sapulidi

Lepas dah kenyang, kitorang jalan-jalan di sekitar Restoran Sapulidi. Jom layan gambar.

Yang macam pondok tu ialah tempat makan. Agak santai dan selesa untuk makan. Rasa macam kat kampung.





Ni adalah resort dan boleh bermalam disini. Sangat menarik!


Restoran Kampung Daun

Kitorang ke Restoran Kampung Daun ni selepas selesai makan di Restoran Sapulidi. Saje je nak berjalan. View Restoran Kampung Daun macam dalam hutan sikit, ada air terjun, bertingkat-tingkat dan pondok-pondok tempat makan ada di setiap level. Tapi aku tak dek gambar, sebab time ni bateri kamera, phone kitorang da abis.huhu

Kat sini kitorang order minuman dan kek sahaja. Harga lebih kurang je dengan Sapulidi.


fatiha zainal , kampung daun , tempat makan di bandung
Antara view di Restoran Kampung Daun




Ok.bye

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. Wah! Bestnya dapat melancong ke sana. Saya terliur tengok makanan je. Tetiba teringin nak makan satey. hehe.

    ReplyDelete