image1 image2 image3

COLLECT MOMENTS|NOT THINGS|COLLECT MOMENTS|NOT THINGS

Singapore - Universal Studio



Hai semua... Kali ni aku nak story sikit pasal pengalaman aku pergi universal studio singapore. Aku pergi dengan members aku : yati, fizah, k.mas, k.elia, k.aizal dan k.zack. 

Harga tiket time aku beli bulan Februari hari tu ialah RM190 termasuk tiket USS, bas dari johor bharu - uss, dan voucer makanan 5 dollar.

Kitorang drive dari UTM seawal jam 7 pagi dan menaiki bas ke USS di hadapan Tune Hotel Johor Bharu. Lebih kurang 1 jam perjalanan, kitorang tiba di USS.

Masuk je kawasan USS ni, aku memang terpegun dengan seni reka bangunan kat sana. Memang menarik! Design bangunan kat USS ni bertemakan movie, seperti Shrek, Madagascar, The Mummy. Menarik kan? 

Design di kawasan pintu masuk USS ialah bertemakan Hollywood Boulevard California dan dikenali sebagai zon Hollywood. 



Image source : Google image

USS mempunyai 7 zon semuanya. Zon yang pertama ialah zon Hollywood, entrance je terus zon Hollywood. Kalau bergerak ke kanan dari zon Hollywood, akan masuk ke zon New York, seterusnya zon Sci-Fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan zon ke tujuh ialah Madagascar. Kalau bergerak ke kiri dari zon Hollywood, akan terus masuk ke zon Madagascar.

Boleh je nak pergi ke kanan atau ke kiri dulu, hari tu kitorang ke kanan, sebab ternampak bangunan Sesame Street yang comel dan excited nak bergambar kat situ. :)

Sesame street , uss singapore
Sesame Street

new york zone, public library, universal studio singapore
Public Library - Zon New York


Sci-Fi City

Transformers The Ride : The Ultimate 3D Battle

Lepas tu, kitorang bergerak ke zon Sci-Fi City. Tempat ni aku paling suka, sebab ada Transformer. hihi. Kat sini kitorang main 3D Battle. Memang sangat best dan sangat ramai orang beratur nak main. 3D Battle ni macam roller coaster je sebenarnya, cuma yang bestnya, kita dikelilingi oleh 3D environment macam dalam filem transformer. Memang awesome! Terasa mcam jadi superhero pulak..haha

Semua muka happy, ni tak start lagi gamenya, tengah beratur pun da rasa seronok nak main


Time kitorang ada kat Sci-Fi City tu, Optimus Prime dan Bumblebee keluar. Optimus Prime baik dan friendly, siap salam-salam lagi,  tapi Bumblebee tu macam tak mesra sikit, terkinja-kinja je lebih. Korang boleh photoshoot ngan transformer ni.


sci-fi city , universal studio singapore , optimus prime , bumblebee
Optimus Prime dan Bumblebee - Zon Sci-Fi City

camaro , bumblebee , eina azman
Camaro ( kalaula aku own sebijik..huhu..untungnya Eina Azman ) - Zon Sci-Fi City


Ancient Egypt

On our way from Sci-Fi City to Ancient Egypt

Revenge of the Mummy

Kat Acient Egypt pula, designnya adalah bertemakan filem The Mummy, kat sini korang perlu try game Revenge of the Mummy. Game ni jenis roller coaster. Time ni sebenarnya aku tak nak main dah roller coaster tu, sebab aku tak minat sangat roller coaster. Pastu tengok k.aizal dan k.elia beriya cakap best dan diorang siap nak naik sekali lagi..aku pun ikut la jugak. Sekali rasa, tobat aku tak nak dah. No second time. hahaha. Kesian kat jantung dan perasaan aku dipermainkan dengan kejam.

Dah la tengah main game , perasaanku dipermainkan, sebelum main game pulak, aku dimalukan *__* Huhu. Masa masuk building Mummy tu, aku jalan paling depan tau, so ramai la yang follow belakang aku. Aku pusing punya pusing (lama jugak la), aku jumpa jalan mati. Tak jumpa pun tempat game tu dan tak boleh nak teruskan perjalanan, sebab ada tali penghadang kat depan aku.Then blur kejap aku kat situ, terhenti dan terfikir jap. Orang ramai ni kat belakang aku. Last-last aku jalan jugak sambil membongkokkan badan aku melepasi tali penghadang tu (susah betul fikir ayat ni, hope you can get the idea). Setel. Pelik sungguh laluannya. Lagi pelik yang ikut aku tu. Sesat bersama.Hoho.

Kalau korang memang suka roller coaster, aku highly recommend la game ni. Tapi kalau korang tak suka pun, korang kena jugak cuba. Aku tak nak cerita lebih-lebih, biarla korang experience sendiri, betapa uniknya perasaan time tu..hahaha



The Lost World

Jurassic Park Rapids Adventure

Game ni juga best. Jenis raft ride, jadinya ,masa main, korang memang perlu pakai raincoat. Memang confirm basah lah, sikit atau banyak. Hari tu kitorang beli siap-siap raincoat kat aeon taman universiti. Kalau nak beli kat USS pun boleh jugak. Ada dijual.


Image source : Google image


Water show - Waterworld

Water show ni pun best, diorang buat base on filem Waterworld. Memang banyak aksi - aksi menarik, dengan speed boat, explosion dan banyak lagi.

water show, waterworld , uss singapore
Dengan pelakon water show


Far Far Away

far far away castle , uss singapore
Far far away castle

Sampai kat zon ni, perut masing-masing berkeroncong dah. Lapar sangat. Kitorang makan kat Friar's. Makanan fast food. Tengah makan tu jugak, secara tidak sengaja, kitorang terjumpa Yasin Sulaiman. Kenal tak? Penyanyi tu..Dia dengan family dia. Kitorang ada bergambar dengan dia, tapi semua gambar ngan dia blur, so aku tak share la kat sini ye. Kalau share pun buat sakit mata je tengok ,sebab blur. Huhu


Shrek 4-D Adventure

Shrek 4-D Adventure ialah movie 4D, bukan full movie Shrek, just beberapa minit je. Biasanya movie 3D je kan, tapi yang ni special sikit, 4D, boleh rasa la, kalau dalam movie tu naik kuda, kerusi kita pun bergerak dan rasa macam kita tengah naik kuda. Best kan?

 
Image source : Google image



Madagascar

Madagascar: A Crate Adventure

Kat sini memangla, kitorang semua telah dipermainkan, sampai satu family ni dari Thailand gelak sakan kat kitorang. Dari dalam game tu..sampai la keluar diorang tak abis-abis gelak. Nak-nak lagi bila diorang tengok gambar kitorang. Terbahak-bahak gelaknya. Itu lah dia, penangan raincoat.

Apa yang terjadi tu biarla kitorang je tau, sebab nanti tak best pulak semuanya korang da tau keadaan dalam tu even tak main lagi. Tak dek feel la korang nak main nanti kaan


Image Source : Google image


Kitorang kat USS memang satu hari lah, pagi masuk, malam baru keluar, penat tak yah cakap, tapi best. Kat USS ni korang tak yah risau nak solat kat mana, sebab da disediakan tempat solat. Main-main jugak, solat jangan tinggal yer.

Itu je la pengalaman aku semasa di USS. Kalau korang ada pengalaman best kat USS, share la sikit kat ruangan komen bawah ni. :)





Ok.bye


Share this:

CONVERSATION

8 comments:

  1. rindunyaa nak pi lagi! cik fafa dulu pun pi dengan family naik bas dari tune hotel jb.
    roller coster revenge of mummy tu memang adrenaline rush betul, sebab dalam gelap kita tak nampak. adoii, but still fun. transformer dgn shrek 4D tu pun pun best. madagascar tu plak naik boat dalam kapal besar tu kan. cuma water show dengan jurassic park ja tak sempat masuk.

    p/s: sorry terbuat karangan pulak. excited. hehe ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaan..ape la game mummy ni, sakit jantung dibuatnya,huhu,,aah kt madagascar tu game biasa je,,cik fafa kena gi lagi ni try game kat jurassic park plak.

      p/s : x per, sukee..haha

      Delete
    2. agak la. sebab tak sempat masuk tu yang nak pergi lagi ni. masa pi dulu, banyak habiskan masa dengan beratur ja. T_T
      fatiha masa pi ni ambik tiket express yang boleh potong line tu ka?sempat ja masuk semua tempat. hehe

      Delete
    3. tu la mmg ramai orang..pergi time ni best,kalau x silap ade tema Halloween, xtau la bermusim ke mmg sentiasa ade tema tu lps ni..

      x dek lah..tiket biase jek..kne jgk bratur panjang2..mb x seramai mcm time cik fafa pergi kot..huhu

      Delete
  2. Bestnyeeee....sy x pernah pegi lg tp dok berangan nk pegi dh lma dh hehehe kne tgu anak sy besar sket br bley gi, if x rugi coz nnti xle nk naik ride sbb dia xckup tinggi hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. x per..satu hari nanti..hihi..
      pastu kesian jugak sy tengok baby/budak kecik yg g sane sbb panas dan ramai orang..huhu

      Delete
  3. ya Allah untungnya.. mesti best gila kan? pernah jugak teringin nak pergi sana..

    ReplyDelete
  4. Hi. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 #LoveTravel~Lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    ReplyDelete